Your Personal Wedding Planner

Terima kasih di atas kesudian anda semua melayari Blog ini.Setiap insan berhak memilih dan menentukan apa sahaja yang di inginkan didalam hidup ini.
Terutamanya didalam menyediakan persiapan mereka untuk bergelar Raja Sehari.

Oleh sebab itu tujuan kami di sini adalah untuk meringankan sedikit beban anda terutama sekali untuk merealisasikan majlis perkahwinan impian anda sebagai Raja Sehari..
Pihak kami ada menyediakan berbagai bagai pakej perkahwinan yang sudah tentu didalam lingkungan kemampuan pihak anda..

-TATARIAS PENGANTIN
-PELAMIN
-BARANGAN HANTARAN
-BERBAGAI PILIHAN BAJU PENGANTIN
-BUAH TANGAN UNTUK TETAMU- DOOR GIFT
- DLL

Segala pertanyaan bolehlah anda emailkan kepada kami

Semoga pihak kami dapat membantu menjadikan impian perkahwinan anda suatu realiti...

Friday, December 31, 2010

Happy New Year 2011

Selamat Tahun baru 2011 kepada semua blogger ! Nampaknya hampir sebelas tahun sejak majlis perkahwinan pertama yang mendapat sentuhan saya. Terima Kasih kepada Abang Onn Aziz yang mereka pelamin dan Baju pengantin yang begitu indah sekali, tidak lupa juga kepada sahabat saya kak nasha yang pada ketika itu sangat sibuk bekerja bersama seorang celebrati designer tetapi masih sudi meluangkan sedikit masanya untuk menyiapkan dua pasang baju ala2 Noraniza Idris pada masa itu- Hati Kama memang dok meletuppp masa tu-
Alhamdulillah kesemua persiapan itu mendapat perhatian dan saya rasa itulah hadiah perkahwinan yang tulus ikhlas dari saya untuk keluarga. InsyaAllah i will attach some photo on here very soon. Those Baju Nikah dan Majlis Berinai memang sangat cantik..

Thursday, December 30, 2010

My First Step...

Salam kpd semua..

Langkah pertama saya sebagai wedding planner ini bermula sekitar sepuluh tahun dahulu sekitar tahun 2000. Di sebabkan pada masa dahulu tidak banyak lagi mereka yang terlibat didalam bidang ini jadi terpaksalah saya mengambil tugasan ini untuk merealisasikan Majlis Perkahwinan adik perempuan saya sendiri.
Setelah berpuas hati dah mendapat respond yang baik dari keluarga dan tetamu hasil kerja tangan saya yang pertama maka bermulalah idea untuk menjadikan Andaman ini sebagai karier.